Monday, November 2, 2009

Majlis Perkahwinan Raihan di Sungai Buloh

Hi semua. BB letih sket kebelakangan ni dengan keja dekat ofis dan juga job2 makeup pada masa yang sama. Seperti dalam post yang lepas, Cik Raihan (sekarang dah Puan Raihan ye) pernah mintak BB test mekap untuk majlis perkahwinannya nanti. Jadi untuk makluman Cik Raihan sudah pun melangsungkan perkahwinannya pada Jumaat dan Sabtu lepas. Dengan bantuan rakan, BB memulakan tugas mekap yang pertama iaitu untuk Majlis Pernikahan pada 30 Oktober 2009 bertempat di rumah Cik Raihan di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Lihat gambar-gambar ni.


BEFORE

AFTER

AFTER

Selesai sudah Majlis Pernikahan Cik Raihan kita. Sekarang dah pun bergelar Puan Raihan. Pada sebelah malamnya pula, berlangsung majlis makan malam bersama dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tetapi BB terus memulakan tugas mekap seawal jam 6 petang. Kali ini pengantin kita akan mengenakan busana glamor ala-ala Saloma berwarna biru untuk majlis makan malam tersebuat. Jadi untuk menyesuaikan imej yang santai pada malam tersebut, BB mengenakan teknik mekap yang tidak terlalu berat untuk imej santai. Lihat gambar-gambar di bawah.





Selesai sudah tugasan hari pertama. BB pulang dan tidur dengan nyenyak sekali. Pada hari berikutnya BB bergegas semula ke rumah pengantin untuk majlis kemuncaknya iaitu Majlis Persandingan. Puan Raihan kita memilih tema persandingan ala-ala Garden. Seawal pukul 10 pagi BB sudah memulakan tugasan ini. Lihat gambar di bawah.

BEFORE
AFTER
AFTER

Di bawah ni gambar-gambar yang di ambil semasa majlis persandingan berlangsung. Maaf jika gambar tak jelas.




No comments:

Post a Comment