Sunday, November 8, 2009

Dinner Staf Astro : Theme - Haunted Mansion (Part 2)

Hi, kembali lagi dalam part ke-2 pasal makeover dinner staff astro. Kat bawah ni pic seorang lagi customer BB (Kak Noni) yang ambil khidmat BB. BB transform wajahnya macam hantu. Lihatlah pic-pic ni. Seram x?


BEFORE

AFTER

CLOSE UP

SERAM TAK?

Ada lagi seorang customer BB yang ambil khidmat dari BB pada hari tersebut. Nantikan pic nya dalam entri seterusnya...

Tuesday, November 3, 2009

Dinner Staf Astro : Theme - Haunted Mansion

Pada hari sabtu lepas, pada 31 Oktober 2009 berlangsung majlis makan malam untuk staf-staf astro bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Seramai 3 orang staf astro termasuk kakak BB sendiri telahpun menempah perkhidmatan solekan BB untuk majlis ini. So, BB menggunakan kepakaran BB untuk mentransformkan wajah mereka mengikut temanya iaitu 'Haunted Mansion'. Senang kata ala-ala hantu atau seram la. So, inilah hasilnya.....

SEBELUM
AFTER
CLOSE-UP
FULL

So, nantikan pic-pic yang lain dalam entry seterusnya.

Monday, November 2, 2009

Majlis Perkahwinan Raihan di Sungai Buloh

Hi semua. BB letih sket kebelakangan ni dengan keja dekat ofis dan juga job2 makeup pada masa yang sama. Seperti dalam post yang lepas, Cik Raihan (sekarang dah Puan Raihan ye) pernah mintak BB test mekap untuk majlis perkahwinannya nanti. Jadi untuk makluman Cik Raihan sudah pun melangsungkan perkahwinannya pada Jumaat dan Sabtu lepas. Dengan bantuan rakan, BB memulakan tugas mekap yang pertama iaitu untuk Majlis Pernikahan pada 30 Oktober 2009 bertempat di rumah Cik Raihan di Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh. Lihat gambar-gambar ni.


BEFORE

AFTER

AFTER

Selesai sudah Majlis Pernikahan Cik Raihan kita. Sekarang dah pun bergelar Puan Raihan. Pada sebelah malamnya pula, berlangsung majlis makan malam bersama dengan keluarga dan rakan-rakan terdekat. Tetapi BB terus memulakan tugas mekap seawal jam 6 petang. Kali ini pengantin kita akan mengenakan busana glamor ala-ala Saloma berwarna biru untuk majlis makan malam tersebuat. Jadi untuk menyesuaikan imej yang santai pada malam tersebut, BB mengenakan teknik mekap yang tidak terlalu berat untuk imej santai. Lihat gambar-gambar di bawah.





Selesai sudah tugasan hari pertama. BB pulang dan tidur dengan nyenyak sekali. Pada hari berikutnya BB bergegas semula ke rumah pengantin untuk majlis kemuncaknya iaitu Majlis Persandingan. Puan Raihan kita memilih tema persandingan ala-ala Garden. Seawal pukul 10 pagi BB sudah memulakan tugasan ini. Lihat gambar di bawah.

BEFORE
AFTER
AFTER

Di bawah ni gambar-gambar yang di ambil semasa majlis persandingan berlangsung. Maaf jika gambar tak jelas.